profil

VISI

meningkatkan prestasi peperiksaan   menyamai pencapaian

kebangsaan  memastikan sk kota sentiasa  kondusif  untuk pembelajaran dan

pengajaran meningkatkan sahsiah atau kemenjadian murid

melahirkan modal insan cemerlang mantap dalam pengurusan

memartabatkan profesion keguruan

MISI

sk kota kinabatangan menjadi sekolah gemilang menjelang tahun 2010

PROFIL    SEKOLAH

Sekolah kebangsaan Kota Kinabatangan adalah sekolah luarbandar Gred A, berkeluasan 6.046HA. tarikh pembukaan sekolah adalah pada 02.02.1989. SK.Kota kinabatangan merupakan sekolah rendah kebangsaan dua sesi. mempunyai guru sebanyak 40 orang dan KTBM sebanyak 4 orang bagi mengukuhkan lagi organisasi.

Sejarah  Sek. Keb. Kota Kinabatangan

  • SK Kota Kinabatangan ditubuhkan pada 20hb Februari 1989.
  • Lokasinya di tengah Kota Kinabatangan maka sekolah ini dinamakan mengikut nama Kota Kinabatangan.
  • Mula beroperasi murid sekolah ini adalah 95% adalah murid-murid berasal dari SK Bukit Garam.
  • Perpindahan ini adalah disebabkan pusat pentadbiran daerah Kinabatangan dipindahkan ke pekan baru Kota Kinabatangan.
  • Guru Besar pertama  ialah Encik Matirin Gabas bersama guru-guru seramai 8 orang dengan bilangan murid  seramai 189 orang.
  • Pada awal tahun 1993 Jabatan Pendidikan Negeri telah membina satu blok 4 unit bilik darjah dan 2 blok 4 unit rumah guru dan bilangan murid telah mencapai 416 orang dan wujud 1 kelas Pra sekolah dengan bilangan murid seramai 25 orang.Bilangan guru 22 orang dan 2 orang KTBM.
  • Tahun 1998 murid sekolah ini bertambah menjadi 585 orang dan 30 orang guru dan dinaikkan taraf sekolah gred A.
  • Tahun 2002 wujud 2 kelas Pra sekolah seramai 50 orang murid .
  • Bangunan konkrit SK Kota Kinabatangan yang baru telah siap pada tahun 2000.
  • Pada 19hb September 2000  bangunan ini terus digunakan dalam acara-acara dan majlis-majlis sekolah seperti Hari ucapan dan penyampaian hadiah dan sijil.
  • Mulai sesi persekolahan tahun 2001 bangunan SK Kota Kinabatangan  yang baru digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran tahap dua sahaja sementara bangunan lama masih digunakan untuk tahap satu dengan jumlah murid seramai 600 orang.
  • Pada tahun 2002 bangunan makmal komputer dan Pra sekolah telah dibina dan digunakan sepenuhnya pada tahun 2004. Dengan adanya makmal komputer tahap pembelajaran murid sekolah ini semakin meningkat berdasarkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  • Pada tahun 2004 murid-murid SK Kota Kinabatangan  tahap satu telah diagihkan ke SK Bukit Garam 2 yang mula beroperasi pada awal sesi persekolahan 2005 dan tahap dua pada hujung tahun 2005
  • Pada tahun 2005 sebuah lagi Pra sekolah dibangunkan di bangunan baru mengganti bangunan Pra sekolah di bangunan lama dan beroperasi pada tahun tersebut.
  • Pencapaian sekolah ini dalam kurikulum,Ko Kurikulum amat membanggakan ,pernah menghasilkan murid 5A dalam UPSR seramai 8 orang pada tahun 2000.dan pernah mewakili  bidang sukan ke peringkat negeri dan Kebangsaan.

Bekas-bekar pelajar SK Kota Kinabatangan banyak telah melanjutkan pelajaran mereka ke universiti-universiti tempatan dan mendapat pekerjaan yang baik dalam kerajaan dan swasta.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: